Tuesday, May 25, 2010

Two FAIZs

1st Faiz
name die Mohd Faiz..Mengenali dirinya amat menyenangkan hati.seorang yang berterus terang,jujur dalam perhubungan dan terlalu lurus.dia juga mempunyai beberapa ciri2 lelaki yang saya idamkam untuk menjadi suami saya suatu hari nanti.kami mula berkenalan sejak habis SPM kira2 5 setengah tahun yang lalu.saya pun tak ingat sejak bila kami mulai serius tentang hubungan kami.kesian saya,tiada anniversary untuk hubungan kami.usia perkenalan itu membuatkan saya hampir mengenalinya 100%.mungkin.(macam tak pasti je kan???)sejak berkenalan banyak yang kami kongsikan.hampir semua rahsia dan masalah saya saya ceritakan pada dia.benar,beliau sorang pendengar yang bagus,tapi bukan seorang problem solver..tapi saya tak kisah.saya sayang dia sebab siftnya yang menyenangkan.dia tak akan paksa saya perkara2 yang saya tak nak buat.walaupun perkara tu penting untuk saya..contohnya makan ubat..saya memang liat nak makna ubat...he knows that..kesimpulannya,hati saya masih memberi ruang yang besar untuk insan ini.insan ini sangat2 membawa makna dalam hidup saya.terima kasih...

2nd Faiz..
nama dia mohd nor faiz.lain sikit daripada yang di atas.tak banyak yang saya tahu pasal yang ini.saya mengenalinya ketika kami sama2 bekerja sambilan di McDonalds Nilai.awal perkenalan,saya kurang menyenangi dirinya. KEREK seyh...Sejak akhir2 ni,dia dengan gentle meluahkan isi hatinya kepada kakak saya yang memang bekerja di situ sebagai pengurus.dia benar2 nak memikat saya.wah,saya memang terkejut.banyak sebab saya terkejut..kenapa saya yang menjadi pilihan.sedangkan dia mempunyai pakej yang boleh membuat perempuan2 lain tergila2 padanya. seorang yang berupa paras menarik (not bad),bijak,happy go lucky,dan yang penting dia loaded!!sumpah tak tipu.bila saya tanya kenapa kerja lagi sedangkan duit mak ayah bagi pun tak habis.dia dengan selamber boleh jawab.tu duit mak bapak.boring guna duit mak bapak.nak rasa duit sendiri.takkan nak kawin pun nak mak ayah sponsor..cool kan?saya sangat teruja dengan jawapan ni.saya mula menyenangi sikapnya yang rendah diri.walaupun dia terdedah kepada budaya2 yang kurang sihat,saya lihat dia tidak berminat langsung..

banyak lagi yang saya nak ceritakan tentang mereka berdua,tapi masa kurang mengizinkan.

saya harap saya tidak akan tinggalkan yang 1st faiz untuk 2nd faiz ni.saya tidak mahu kasih saya berbelah bahagi.tapi apakan daya,Allah menentukan segalanya.Ya Allah,tetapkan hatiku.jauhkan aku dari sifat was2..

BERKAWAN BIAR BERIBU,
BERKASIH BIAR SATU....

0 Comments:

Post a Comment