Friday, November 13, 2009

seribu kali sayang

Assalamualaikum,

Ke hadapan kekanda yang diingati selalu..kekanda di sana apa khabar?adinda harap kekanda sentiasa sihat di dalam lindungan Allah hendakya.adinda di sini sihat-sihat sahaja.
Kekanda,
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_______________

salam sayang,


Tuesday, November 3, 2009

continue...


Sambungan daripada cerita berpeleseran hari tu..hari khamis lepas saya dan kakak saya ke rumah zul.bukan rumah bujang.rumah keluarga..siapa zul??tidak perlu diceritakan di sini sebab saya tak mahu cerita.hahaha..bertolak dari shah alam tengah hari khamis..sempat lagi singgah di jaya jusco bukit tinggi untuk makn tengah hari dan beli barang keperluan.sampai di rumah zul agak lewat petang..yang seronok,sampai sahaja kami dijamu makan tengah hari.padahal kami baru sahaj melantak sebelum ke situ..tidak tahan rasanya melihat kerabu yang terhidang.makan lagi sekali la kami..lagipun kan tidak manis jika kami menolak tawaran tuan rumah..hehe makan lagi..paling seronok petang itu kami makan rambutan yang fresh..mana tak fresh..rambutan-rambutan tu kami petik sendiri..hehe..bukan kami,tapi zul dan ateh..saya hanya tunggu buah gugur dan masuk ke dalam mulut.bahagia rasanya dapat makan buah rambutan puas-puas.nasib baik tidak batuk.sempat juga bermain dengan anak-anak buah zul yang comel-comel belaka..telatah budak-budak ini menghiburkan..betul kata orang anak-anak pengikat kasih sayang..

jumaat lain pula rencananya..jumaat saya telah ke rumah 'beliau' pula..rumah kakak 'beliau' yang terletak di petaling jaya.alasannya kami akan ke menara TM esoknya.sungguh..hehehe..sabtu seperti yang dirancang kami ke menara TM pada sebelah petangnya..saya tidak sangka ramai yang hadir pada petang itu.dewan yang boleh memuatkan hampir 500 orang terisi semuanya.wah,nasib baik kami tiba awal.kalau tidak mesti kami tidak dapat duduk besebelahan...banyak tawaran yang menarik minat saya sebagai pendengar..masalahnya adalah modal yang perlu dikeluarkan agak besar..lebih kurang RM100k.bagi saya orang susah dan tidak punya harta ini,nilai itu terlalu besar..taklimat pada petang itu berjalan lancar..sesekali saya lihat che abe saya tsengguk2..mengantuk dan letih agaknya..balik ke rumah kakak che abe saya dah siap masak.malunya saya..makan saja tau.masak tak mau.petang itu laksa menjadi santapan kami.memang saya berahi kalau tengok laksa ni.seronok!!!berselera saya makan laksa yang masih panas.lagi-lagi ditemani che abe.pastinya lebih menyelerakan..


ooohhh ada perkara yang sedang mengganggu emosi saya sekarang.tiada mood untuk sambung menulis lagi.nantikan kemudian selepas mood saya kembali..tengok gambar-gambar sajalah..



bunga ros yang saya dapat sempena ulangtahun teman saya itu


menanti buah rambutan yang sedang dipetik


anak dara pemalas..hehehe


ooooohhh,tak ada yang jatuh pun...


hasil pertama..


cubaan...one two three..


pemalu sangat la dia.geram..


sempat lagi.memang dah mengantuk sangat si Elfy ni..

comel tak??comel tak saya??hehehe..





;;