Friday, July 30, 2010

Love or Friendship

When I look into your blue eyes
all I see is your thoughts moving inside your head.
I want to say how much I love you and how much I think of you,
but all I get out of me is just looking at you and smiling,
but all I want to hear from you is that you like me
and that you feel the same rage of love like I do.
I don't know what I would do if I never met a sweet guy like you.
All the hugs I got from you didn't feel like anything to me
because I wasn't sure if it was a sign of love or friendship.
When I look up to you
you just wave back with the biggest smile you can possibly give me.



This poem reminds me so much of myself.
Be strong please!!



Thursday, July 29, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Special dedication for my late beloved mother.
Tetiba rasa rindu bangat....

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Friday, July 23, 2010

Frust!!!

Frust..
dah tak tau nak cakap macam mana lagi..
dah la terpulang la..
malas dah nak fikir...

Thursday, July 22, 2010

Hapdate

Rasa dah lama tak mencoret dalam blog ni.hari 2 bukan main berazam nak wat at least 1 entry sehari.atas sebab kekangan masa yang terhad untuk berfoya2 di web2 yang tidak sepatutnya,hasrat murni lagi suci terus terbantut begitu saja.ini pun curi2 masa nak update blog ni.rasa2nya dah bersawang2 dah blog saya ni.xde sapa pun nak tolong bersihkan.kesian kat saya kan???

Dah hampir ke penghujung bulan julai.cepatnya masa berlalu..saya pula makin tua,tapi makin chomey..ooopppssss,sila jangan jeles..macam2 yang berlaku dalam hidup.perlu tempuhi dengan sabar.kadang2 tak boleh nak bersabar,naik hangin satu badan.nasibla siapa yang kena.selalunya abang sayang saya yang selalu kena marah ngan saya.kesian dia..nasib baik dia jenis cool je.sebab 2 saya sayang dia..ceh,perasan..hahahhaa..suka2!

Sejak dua menjak ni nafsu makan makin merosot.perut lapar saje,tapi bile tengok makanan langsung patah selera.azabnya bila Allah tarik nafsu makan ni..badan jadi letih,rasa tak bermaya dan air sahaja yang jadi alas perut bagi tak lapar sangat.harap2 bulan puasa nanti nafsu makan akan seperti ini juga.boleh berjimat kan??selaian 2 diet juga menjadi..aaahh pe yang merepek2 ni..xpe,saya memamng suka merepek..

Kawan2 saya dah excited nak apply cuti untuk raya nanti.tapi saya masih bingung nak apply bila.macam mana ni.saya rasa macam xda feel lagi nak raya.maybe sebab belum start berpuasa.hhmmm,jangan nnt saya pula yang terlebih2 beraya sakan.TERLEBIH SUDAH..
Cukupla 2.banyak membebel kang ntah apa2 lagi yang saya ngarutkan.sampai bertemu lagi.

Tuesday, July 13, 2010

Please give me chance

Wednesday, July 7, 2010

Daily Routine

hari-hari yang dilalui sekarang sgt memenatkan.walau bagaimanapun saya puas dan seronok buat semua tu..

ni la rutin harian saya.lebih kurang

6.15pg - bangun,mandi2,subuh (kalau boleh)
7.00pg - pakai baju bersiap2 nak pergi kerja.sebelum pergi kerja kena masak air untuk baby mukhriz n masak air mandi kak ngah.sediakan baju yang baby mukhriz nak pakai pagi 2 n pampers yang secukupnya sehingga saya balik kerja

8pg - 5ptg - di ofis

5.30ptg - sampai umah,masak air untuk mandi baby mukhriz n kak ngah.pastu prepare barang2 nak masak plak..
6.00ptg - mandikan baby mukhriz,pakaikan baju,siap bedak n make up bagai..pas tu bagi susu n tidurkan baby mukhriz..
6.45 ptg - masak untuk my family.biasanya lauk yang simple2.tak larat nak wat yang leceh2..panaskan lauk kak ngah,refill thermos air panas...
7.30mlm - mandi.sambil mandi basuh baju baby mukhriz.masuk kain dalam washing machine..basuh..
8.00mlm - solat maghrib n tgk berita jap
8.30mlm - hidangkan makan malam kak ngah.saya pn makan malam jugak..
9.00mlm - pas habis berita,gosok baju kerja yang nak pakai esoknya.tgk tv sket2..kemas2 rumah pe yang patut.
10.30/11.00mlm- biasanya time2 mcm ni saya dah tdo.hari2 yang dilalui sangat2 memenatkan..


p/s : mohon maaf kepada rakan2 yang ajak saya lepak dan keluar.sesungguhnya saya sangat sibuk.nak keluar dengan abang sayang juga tidak sempat.harap memahami...
saya tak ada mak...

;;