Wednesday, June 30, 2010

Kenapa?

Kenapa saya sayang sangat kat abang sayang saya...
  1. sebab dia je yang faham perangai saya
  2. dia yang tahan perangai pelik2 saya
  3. dia yang tahan karenah saya yang mengada2
  4. dia yang banyak bagi moral dan support kat saya.
  5. dia yang banyak sokong apa pun yang saya buat walaupun kadang2 benda yang saya nak wat 2 benda gila.
  6. dia yang faham macam mana family saya.
  7. dia yang boleh buat saya tersenyum, ketawa dan menangis
  8. dia yang sabar memujuk saya kalau saya merajuk walaupun bukan salah dia
  9. dia yang tak putus2 bagi nasihat untuk kebaikan saya walaupun saya degil
  10. dia yang sayang saya sepenuh jiwa dan raga
saya rasa bertuah dipertemukan dengn lelaki ini..semoga Allah permudahkan jodoh kami..

Thursday, June 24, 2010

Lelaki ini~


Susah untuk memahami seorang lelaki....
  1. Jika kamu melayannya dengan baik,dia fikir kamu jatuh cinta padanya.Jika tidak,kamu akan dianggapnya sombong
  2. Jika kamu berpakaian cantik,dia fikir kamu sedang meggodanya,jika tidakdia kata kamu kekampungan
  3. Jika kamu bedebat dengannya,dia kata kamu keras kepala.jika kamu berdiam diri dia kata kamu rendah IQ
  4. Jika kamu lebih pinta daripadanya dia akan jatuh air muka.jika dia lebih pintar, dia bilang dia hebat.
  5. jika kamu tidak cinta padanya,dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya,dia akan cuba meninggalkan kamu
  6. Jika kamu beritahu dia masalah kamu,dia anggap kamu menyusahkan.Jika tidak dia tuduh kamu tidak mempercayaimu
  7. Jika kamu cerewet padanya,dia anggap kamu seperti pengasuh.Jika dia yang cerewet dia kata dia mengambil berat.
  8. Jika Kamu mungkir janji,kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia mungkir janjidia melakukan kerana terpaksa
  9. Jika kamu menyakitinya,kamu sangat kejam.Jika dia menyakiti kamu,dia kata kamu terlalu sensitif.
  10. Jika kaum lelaki membaca ini nescaya mereka tidak akan mengakuinya..

LUMRAH~

Monday, June 21, 2010

Terkedu

Saya pun tak tahu kenapa air mata ni cepat sangat nak mengalir.dari semalam lagi.mungkin sebab 'si dia' dah nak datang.salahkah ke saya minta installer tu sedangkan memang saya perlukan?bukan saya nak saja2.itupun salah ke?okay tak pa la..memang SAYA KUAT KOMEN!!!
baiklah,mulai hari ini saya akan senyap saja.saya akan cuba tak menyusahkan orang lain.

...TERIMA KASIH SEMUA...



hati terasa sayu sangat.tolonglah air mata,jangan keluar saat ni..bedebah,kau keluar juga..

pengubat hati penawar duka

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Thursday, June 17, 2010

Wanita Bergelar Isteri

Dapat article ni dari FB kak mas..sangat2 menyentuh perasaan di kala ini


* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...



Betapa bangganya saya diciptakan sebagai wanita..

Monday, June 14, 2010

Thank you..

I like red,but i got blue..
anyway thank you to my lovely sis for the nice sweet present..
i know you know what i need..
hahahaha...
A BIG THANK YOU!!!

Thursday, June 10, 2010

10 Jun 2010


Hari ini hari lahir abang sayang saya.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah masih sihat..Syukur~

Masih tercari-cari hadiah paling sesuai untuk abang sayang saya

ini antara yang telintas di kepala otak saya skarang.nak beli yang mahal2 tak mampu la plak.




1. Jaket @ sweater


2. Wallet



3. Jam Tangan


Agak2 mana yang sesuai untuk lelaki ye..hmmm ni la saat paling saya tak suka.i have 2 make decision.nak bagi semua kopak la poket saya.hmmm,kalau tak bagi ape2 boleh??

Wednesday, June 9, 2010

My Heart

seperti mendapat satu keyakinan yang pasti..
hati saya masih untuk 1st Faiz..
(2 faizs)
terima kasih Ya Allah


esok

Esok hari lahir abang sayang saya.masih terfikir2 hadiah yang hendak dibeli.apakah yang paling sesuai?ala,susahla nak cari hadiah untuk kaum adam ni...hmmm..tengok la nanti.apa yang berkenan~

Sunday, June 6, 2010

Letih wo...

Setelah sekian lame tidak berjogging,akhirnya pagi tadi cita2 saya yang sudah hampir 2tahun ini tercapai.gila la.dekat 2tahun xjogging.no wonder la badan you dah x macam dulu..hahahaha.kenape dengan dulu??dulu rasa macam fit sikit.jalan banyak pun still maintain je.sekarang jalan sikit pun dah mengeluh.atas usaha keras abang sayang,akhirnya impian jadi kenyataan.kesian abang sayang saya bangun awal ketika hujung minggu.thanks my dear.sumpah penat!!baru lima minit berjogging,saya dah slow macam ikan menggelupur kena mata kail.hahaha,sesuai ke perumpaan 2??argh lantak.dapat la satu setengah pusingan lebih kurang.lokasi berjogging adalah rahsia sebab nanti ada spy nak ikut..hahaha..kalau wa tau,mesti nak join la 2.wa kan nak susut...hahaha..hopefully dapat jog lagi sebab saya nak sihat sampai tua...

BADAN SIHAT< >OTAK CERGAS

1. kaki sakit dan rasa macam kebas nak berjalan.adoyai....inilah bahana rajin sangat bersenam.

Friday, June 4, 2010

Khas untuk SAIDATUL












thanx 2 dd coz fwd this..
selamat mencuba sayang~

Wednesday, June 2, 2010

Shahir AF8




Kebahagiaan Dalam Perpisahan oleh Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang rangkap 3 dan 4

Kebahagiaan… dalam perpisahan…

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Tuesday, June 1, 2010

Jun olredi

Berakhir sudah May yang sangat bermakna pada diri saya.macam2 terjadi pada bulan May yang lepas. sweet and sour semua ada.randomly apa yang berlaku dalam bulan May

18 may 2010 - saya kemalangan terlanggar lopak.rasa macam superman terbang atas jalan.habis tangan kaki luka-luki dan calar balar.kain baju kurung berlobang 2.sweater merah kegemaran dan kesanyangan saya juga koyak.dapat mc 2 hari.

19 may 2010 - mc dua hari pergi bercuti ke penang.tenangkan fikiran.walaupun badan masih sakit2,kerana nak berjalan,tahan saja la.hanya bersantai.tidak berjalan ke mana2 pun di penang.khamis malam bertolak pulang..

20 may 2010 - my mom birthday.tapi saya tidak mungkin dapat meraikannya bersama beliau.hanya doa yang dapat anakanda kirimkan buat bonda di sana..

24 may 2010 - wave biru kehabisan minyak di persimpangan.sudah la lambat.dia buat hal pula.mujur kash datang membantu.wonderpet datang membantu,eh silap2..terima kasih,kash.

28 may 2010 - wesak day.keluar jalan2 dengan keluarga kakak dan yang paling seronok abang sayang pun turut serta.hmm,biasala.dah lama kami tidak keluar berdua sahaja.nasib baik ketika di mines,abang ipar sporting bagi kami privacy untuk berjalan bersama.dapat la bermanja2 sikit..arrgghhh gatalnya awak.ingat awak masih belum ada apa2 ikatan.hehehe..

30 may 2010 - hari lahir saya.semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.InsyaAllah.

hari ini sudah masuk bulan Jun.hampir ke pertengahan tahun.adakah azam tahun baru sudah tercapai???apa ya azam yahun baru?let go for it!!fighting2....

;;