Sunday, January 31, 2010

terasa

malam ni terasa nak menulis sesuatu...tapi saya sendiri tidak pasti lagi apa yang saya nak tulis.

sebentar tadi saya bermesej dengan 'member kamcing, saya. dia sekarang tengah praktikal di MPOB bangi..pastinya ada gosip terbaru tentang dirinya..opps saya tidak boleh cerita.private and confidential..alangkah bahagia hidup sepertinya..ke mana saja disenangi orang sekeliling..nasib saya belum tahu lagi.semoga saya terkena badinya...bukan body..semoga perjalanan esok berjalan lancar...Ya Allah permudahkah urusan hambaMu ini...AMIINN~

p/s:mungkin lepas ini blog ini akan bersawang kembali...


salam sayang,

Friday, January 29, 2010

wanita

Bulu roma saya akan sentiasa meremang apabila melihat gambar ini.sangat mengerikan bagi saya seorang wanita...bulu roma saya masih berdiri ketika menaip entry ini.article ini saya copy and paste sahaja..kebenaran di sebalik kisah ini,saya tidak tahu...


ini kisahnya.....


CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya!

nauzubillahiminzalik...





Thursday, January 28, 2010

nanny....

my little dear...nur 'aleysyah qhaisara.just to share some photo of her....enjoy..












sangat susah nak snap gambar dia senyum @ ketawa.dia sangat teruja tengok flash kat camera...
geram!!!hehehehe..
p/s: auntie try gak cari gambar kita sama-sam.tapi belim jumpa la sayang.lain kali kita upload lagi ya..


i am not good in english

Since my primary school i have problem to adopt other languages in my daily life..even every sentence i got problem to make it using the right grammar or whatever.so that no bombastic and super atic in my english..i will confused while using all those things..my english is sucked..to those do not understand what im trying to deliver,please try to make it clear or just shut up!!!


hahahaha...

suddendly,remember a scene in ADNAN SEMPIT.his english really bad too..but who cares???


*saya tak nak pisang berbuah dua kali - i don wan banana fruits two times...

what the real joke that make me cant stop laugh...
some advices to myself; i need to improve my english.. I MUST!!!!!




sorry for any mistakes...


sweetheart,

MOOD

Mood saya sekarang ini,cepat sangat berubah.saya pun tak tahu kenapa:what:saya rasa mungkin terlalu banyak yang saya pendam seorang diri.saya seperti tidak keruan.habis orang yang saya sayang kena marah dengan saya.kesian dia.:kiss:bukan saya minta sindrom macam ni.ada orang kata mungkin sakit perempuan..hahaha...faham-faham sudahla..saya sekarang pun tengah tidak keruan..sudah pukul berapa saya masih belum tidur lagi..saya dah tidak boleh nak tidur malam..mr doc and mrs doc please help me.treat me before its become bad.:wink:




love and hugs,


Monday, January 25, 2010

Makna Hadiah Buat Tersayang

JAM TANGAN
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG
Tanda mesra

RANTAI LEHER
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA
Tanda perkenalan dan tanda sayang.

COKLAT
Semanis cintamu.

LAGU / CD / KAD UCAPAN
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.





p/s: agak-agak hadiah mana yang teringin sangat nak dapat..

Wednesday, January 20, 2010

dedikasi buat si pujangga

wah,tajuk macam gempak je ni...


saya nak buat entry yang special,yang lain daripada yang lain,yang bila dia baca ada kesan pada hati dan perasaan dia..tapi malang,saya tak pandai buat macam tu.saya tidak kreatif seperti rakan-rakan yang lain yang selama ini saya memang mengikuti perkembangan blog mereka..antaranya kawan-kawan sekolah saya ida kp,nadz,fuzah,affan,mala dan ramai lagi.

saya tak tahu nak luahkan macam mana supaya dia benar-benar faham apa yang saya inginkan..saya tidak minta banyak.cukupla kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk diri saya..

saya tahu buat masa ini dia sayangkan saya.tapi adakah kasih ini berpanjangan.

saya tahu dia dah mula malas nak layan karenah saya.

saya tahu dia dah mula nak beralasan dengan saya.

saya tahu dia dah mula ignore call dan sms saya..

saya tahu dia dah mula nak mengeluh dengan saya.

saya tahu dia dah pandai cari gaduh dengan saya...

TAPI
....
...
..
.

saya tidak tahu sampai bila saya akan boleh bertahan..

saya tidak tahu adakah saya masih setia untuk si dia....

kalaulah dia boleh faham apa yang cuba saya sampaikan,saya insan paling bahagia..


1.sudahlah,jangan nak merepek.
2.sampai di sini saja,tiada Q&A session...

salam sayang,


puteri bonda




Kau aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa




1. nak dedicate lagu ni untuk 'somebody', tapi saya tahu sia-sia.sebab dia tak tahu saya menulis di blog..
2.simpan saja perasaan awak tu..




Friday, January 15, 2010

tutup pintu dan tingkap waktu maghrib

Siapa-siapa yang ada lemah jantung sila berundur...






Tahniah

Tahun lepas sudah ada seorang rakan sekolah saya melangsungkan perkahwinan..tahniah.sudah melangkah ke satu alam yang lain..hahaha..macam alam ghaib pulak..bukan,maksud saya dari hidup seorang sudah berdua.dari hidup di bawah ketiak mak dan ayah kini sudah tidak lagi..daripada menguruskan perut sendiri,kini sudah perlu menguruskan dua perut....perkahwinan pasti menyeronokkan kan.entahla,saya pun tak pasti sebab saya pun belum berkahwin.
perkahwinan juga menuntut tanggungjawab antara dua belah.toleransi antara pasangan sangat penting untuk memastikan kerukunan rumah tangga.hahaha macam dr fadzilah kamsah pula..

tahun ini ada lagi rakan sekolah saya yang bakal mendirikan rumah tangga..wah2,makin ramai yang dah tidak mahu berstatus bujang lagi..alhamdulillah,tuntutan agama.saya pula bila pulak agaknya ye??...bagaimana agaknya majlis perkahwinan saya nanti agaknya,pelamin dan pelbagai lagi.busana nikah dan sanding warna apa ya??bagaimana pula rupa bakal suami saya...hish,malunya cakap pasal ni..okay,stop it..stop dreaming girl!!!!hahaha...

pada mereka yang akan mendirikan rumah tangga,tahniah ya.doakan kami pula dapat jodoh.hahaha..



:err::look::wink::puteh_19::puteh_1::minimo_16::minimo_02:

Thursday, January 14, 2010

10th anniversary

2000

Ini adalah tahun permulaan bagi kami warga SMSS mendaftar masuk sebagai seorang pelajar baru...pelbagai ragam dan gelagat boleh dilihat..masing-masing mempunyai perasaan yang berlainan..perasaan takut dan gementar menguasai diri..al maklumla baru pertama kali duduk berjauhan dengan keluarga tersayang..mungkin ada yang menangis kerana ditinggalkan keluarga.walauapapun perjuangan mesti diteruskan..mendaftar masuk ke sekolah ini bermaksud kami telah mencabar diri sendiri.
Sekolah menengah sains selangor, bukan calang-calang sekolah.bukan sekolah cap ayam..bukan sebuah sekolah yang boleh dipertikaikan kehebatan pelajar-pelajarnya..guru-gurunya juga bukan sebarangan.semuanya hebat.lima tahun kita berhempas pulas di sekolah ini.pelbagai kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan..mana mungkin kita dapat cari semula kelas-kelas usaha, budi, maju, jaya, setia yang tidak jemu-jemu menanti kita menelaah pelajaran di dalam perutnya..padang-padang sukan yang menyaksikan jatuh bangun atlet-atlet sekolah..
panglima,pendekar,perwira dan pahlawan rumah-rumah sukan yang membuatkan kita semua berkobar-kobar berlatih pelbagai acara yang dipertandingkan..
Masihkah kita ingat macam mana kita dibuli oleh senior-senior yang konon-kononnya garang dan berkuasa.kita yang maih adik-adik memberontak tapi hanya boleh dilahirkan antara kita-kita saja di dalam kelas atau hanya dipendamkan di dalam hati..adus sadis..hahaha...terlalu banyak yang kita pendamkan kan.
Saya masih sayangkan kelas saya dahulu. ketiaka di tingkatan 1-3 saya di kelas usaha...hingga kini pun kami masih mengekalkan ex 3usaha itu. 30 orang pelajar semuanya di dalam kelas ini. 18 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.pelajar lelaki kelas saya ramai yang chomel-chomel@ala-ala jambu.tidak hairan mereka menjadi kegilaan pelajar-pelajar senior untuk mengambil mereka menjadi adik angkat..sumpah saya tidak tipu..pelajar kelas saya hebat-hebat.semua kuat study.mereka juga baik-baik belaka.kami akan mempertahankan antara satu sama lain.ikatan kami seperti adik beradik.
kami satu batch memang sangat assabiah.mungkin itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan kami.kami tidak kisah orang nak kata apa tentang kami.apa yang saya tahu batch saya tidak pernah mengecewakan sekolah dalam pencapaian akademik kami..buktinya keputusan PMR dan SPM kami begitu membanggakan...TERIMA KASIH SEMUA..



2010

Saya sangat terharu.tahun ini kita meraikan ulangtahun ke-10 perkenalan kita.dalam diam tak diam sudah sedekad kita mengenali antara satu sama lain.terlalu bayak cerita dan rahsia yang dikongsikan.terlalu banyak kenangan antara kita.jangan lupa kita masih dari 'usul' yang sama.yang mengajar kita menjadi manusia.semoga kita tidak lupa budi guru2 yang mengajar kita.siapalah kita tanpa mereka..

saya sayang perkenalan kita ini...sayang kalian semua.

HAPPY 10th ANNIVERSARY





Monday, January 11, 2010

Setelah sekian lama

Akhirnya berkesempatan juga untuk meng'update' blog. tidak sangka saya boleh bertahan hampir dua bulan tidak online walaupun pc di rumah tidak ada masalah.
Sepanjang dua bulan bercuti di rumah telalu banyak kenangan-kenangan yang besh2....

1. Saya bekerja sebagai part-time crew di mc donalds nilai. sangat seronok walaupun letih. saya juga berkesempatan mengikuti crew party mc donalds di cheras..wah,memamg mengujakan.party ini sebagai penghargaan kepada crew2 mc donalds yang berdedikasi dan rajin0rajin belaka...hehehe..semasa party ini juga penyampaian anugerah untuk crew of the year,outstanding manager dan macam-macam lagi.bertemakan satu malaysia saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk digayakan pada malam tersebut..bersederhana..chewahh....yang penting saya enjoy..

2. Saya gaduh besar dengan 'abang sayang' saya.walaupun puncanya hanyalah sekecil kuman,bisa membuat saya meletup habis-habisan.al maklumla,saya memang suka mengungkit hal-hal lama. apalagi,walaupun 'abang sayang' saya seorang yang penyabar,akhirnya tercetus jugak api kemaharan beliau. walaupun saya geram tapi semacam ada rasa puas kerana dapat membuat beliau betul-betul marah.tapi,'abang sayang' saya tidak pandai untuk marah@merajuk lama2...itulah sifat beliau yang buat saya makin sayang pada beliau.

3. Perkenalan saya dan 'abang sayang' mencecah lima tahun. lama kan?? saya harap perhubungan ini tidak terhenti dipertengahan jalan.semoga Allah merahmati hubungan ini..pada usia yang hampir matang ini,saya rasa saya dah tak kuasa nak cari pasangan hidup yang lain.cukuplah yang seorang ini. kalau boleh saya nak beliau tahu saya sayang beliau sangat2..ish,malu la..

4. Banyak lagi yang saya nak update..tapi nanti dulu, badan 2,3 hari ni tidak berapa sihat..gambar-gambar akan saya upload kemudian.saya tidak sabar rasanya...

salam sayang,

PUTERI BONDA

;;