Monday, May 31, 2010

30th may

Ada orang kata bulan May ni bulan kelahiran insan2 yang istimewa. saya bertuah kerana dilahirkan dalam bulan 5 juga.sila jangan jeles.walaupun hampir ke penghujung bulan,tapi still bulan may..semalam hari lahir saya.genaplah umur saya.membesar dan membesar dengan sihat.alhamdulillah.tiada apa yang specialnya hari lahir saya.tiada sambutan khas untuk saya.wahh,sedeynya.tak apalah,bukan budak kecil mahu dirai dengan kek dan belon2 yang banyak.oleh sebab rasa nak sangat ada kelainan dari hari2 yang lain.saya masak sendiri untuk meraikan hari lahir saya.bunyi macam sedih je kan..tapi saya suka.ni la hasilnya.walaupun tak seberapa,cukuplah sekadar pemuas hati sendiri...




ketam masak lemak cili api



tak nampak pulak yang lain2....


oleh sebab xde sambal,sardin pun jadilah....




tembikai ni saya tak masak,potong je.hehehe...




ikan cencaru bakar



cicah air asam

Syukur,masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini \(';')/

Rahsia diri si Mei~

Tengah boring2,tetiba terjumpa ini....

  1. Kekerasan hati & degil
  2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  3. Pemikiran yg tajam.
  4. Mudah marah apabila tidak dikawal.
  5. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian.
  6. Perasaan yg amat mendalam.
  7. Cantik dr segi mental & fizikal.
  8. Tidak perlu dimotivasikan.
  9. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain.
  10. Mudah dipujuk.
  11. Bersikap sistematik (otak kiri).
  12. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu.
  13. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  14. Daya khayalan yg tinggi.
  15. Permikiran yg tajam.
  16. Pandai berdebat.
  17. Fizikal yg baik.
  18. Kelemahan sistem pernafasan.
  19. Suka sastera,seni & muzik serta melancong.
  20. Tidak berapa suka duduk dirumah.
  21. Tidak boleh duduk diam.
  22. Tidak punya ramai anak.
  23. Rajin dan bersemangat tinggi.
  24. Agak boros.

Rasanya hampir 70% tepat tentang diri saya.Yang lain, saya kurang pasti.seronok juga boleh angkat bakul angkat sendiri.lalalalala~

Tuesday, May 25, 2010

Two FAIZs

1st Faiz
name die Mohd Faiz..Mengenali dirinya amat menyenangkan hati.seorang yang berterus terang,jujur dalam perhubungan dan terlalu lurus.dia juga mempunyai beberapa ciri2 lelaki yang saya idamkam untuk menjadi suami saya suatu hari nanti.kami mula berkenalan sejak habis SPM kira2 5 setengah tahun yang lalu.saya pun tak ingat sejak bila kami mulai serius tentang hubungan kami.kesian saya,tiada anniversary untuk hubungan kami.usia perkenalan itu membuatkan saya hampir mengenalinya 100%.mungkin.(macam tak pasti je kan???)sejak berkenalan banyak yang kami kongsikan.hampir semua rahsia dan masalah saya saya ceritakan pada dia.benar,beliau sorang pendengar yang bagus,tapi bukan seorang problem solver..tapi saya tak kisah.saya sayang dia sebab siftnya yang menyenangkan.dia tak akan paksa saya perkara2 yang saya tak nak buat.walaupun perkara tu penting untuk saya..contohnya makan ubat..saya memang liat nak makna ubat...he knows that..kesimpulannya,hati saya masih memberi ruang yang besar untuk insan ini.insan ini sangat2 membawa makna dalam hidup saya.terima kasih...

2nd Faiz..
nama dia mohd nor faiz.lain sikit daripada yang di atas.tak banyak yang saya tahu pasal yang ini.saya mengenalinya ketika kami sama2 bekerja sambilan di McDonalds Nilai.awal perkenalan,saya kurang menyenangi dirinya. KEREK seyh...Sejak akhir2 ni,dia dengan gentle meluahkan isi hatinya kepada kakak saya yang memang bekerja di situ sebagai pengurus.dia benar2 nak memikat saya.wah,saya memang terkejut.banyak sebab saya terkejut..kenapa saya yang menjadi pilihan.sedangkan dia mempunyai pakej yang boleh membuat perempuan2 lain tergila2 padanya. seorang yang berupa paras menarik (not bad),bijak,happy go lucky,dan yang penting dia loaded!!sumpah tak tipu.bila saya tanya kenapa kerja lagi sedangkan duit mak ayah bagi pun tak habis.dia dengan selamber boleh jawab.tu duit mak bapak.boring guna duit mak bapak.nak rasa duit sendiri.takkan nak kawin pun nak mak ayah sponsor..cool kan?saya sangat teruja dengan jawapan ni.saya mula menyenangi sikapnya yang rendah diri.walaupun dia terdedah kepada budaya2 yang kurang sihat,saya lihat dia tidak berminat langsung..

banyak lagi yang saya nak ceritakan tentang mereka berdua,tapi masa kurang mengizinkan.

saya harap saya tidak akan tinggalkan yang 1st faiz untuk 2nd faiz ni.saya tidak mahu kasih saya berbelah bahagi.tapi apakan daya,Allah menentukan segalanya.Ya Allah,tetapkan hatiku.jauhkan aku dari sifat was2..

BERKAWAN BIAR BERIBU,
BERKASIH BIAR SATU....

Friday, May 21, 2010

Dedikasi untuk awak...

Kash,
saya geram awak wat macam tu kat saya.geram.seharian saya rasa sakit hati nak sebut nama awak.ntah la,saya pun tak tahu kenapa..

Isnin,dari petang hingga ke malam awak ajak saya keluar dan lepak2 minum.malangnya saya menolak sehebat2nya.bukan apa,saya masih punya keluarga yang saya perlu jaga maruah mereka.saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin.malangnya,saya rasa awak salah faham..

Selasa pagi saya datang kerja seperti biasa.apa yang tak biasanya saya terserempak awak dan kamiel on da way pergi mana,saya pun tak tahu.saya berlagak seperti biasa.menanti awak menghampiri tempat saya parking motosikal saya dengan harapan saya boleh menyapa awak.lain yang saya harapkan,lain yang terjadi.awak langsung tak menoleh ke arah say.padahal jarak kita tidaklah sejauh mane.cuma 2-3 meter sahaja.benci sangatkah awak untuk menengur saya seperti hari2 lain. sepeninggalan awak dan kamiel,saya rasa betul2 tersa hati.saya rasa saya pinca awak berkelakuan seperti itu.saya tolak perlawaan awak untuk keluar..

Kash,
saya betul2 sakit hati.seharian saya begitu.waktu awak datang ke meja saya,saya keraskan hati untuk tidak bercakap dengan awak,padahal saya sedang rancak berbual dengan ikhwan dan saya tidak sibuk juga..saya masih tersa hati..petangnya selepasrehat tengah hari,tiba2 PC saya meragam.aduh,saya jadi tidak keruan..selalunya,awakla tempat saya mengadu kalau PC saya ni buat hal.saya berfikir panjang.ego masih menguasai dan saya mengambil keputusan untuk meminta bantuan kamiel.aaahhhh,malangnya kamiel tidak dapt menyelesaikan problem PC saya.ada juga saya dengar kamiel nak panggil awak untuk membantu.saya jadi serba salah..tetapi,akhirnya saya lega kerana kamiel hanya menghubungi awak melalui telefon.masalah PC saya tidak juga selesai sehingga waktu pejabat tamat..

hujan turun mencurah2.saya ambil masa sedikit sebelum pulang.selalunya saya pulang on time.ketika saya turun ke parking,saya masih nampak motosikal awak belum berganjak.bermaksud awak juga masih belum pulang.aduh,gawat!takut2 terserempak dengan awak,saya memecut motosikal saya walaupun hujan turun mencurah2.hati saya betul2 mahu pulang walau apa pun keadaannya..saya pulang dengan wave biru tu..seakan2 nasib tidak menyebelahi saya,akhirnya saya terlibat dalam kemalangan.sungguh,saya rasa sangat2 terkilan.mungkin Allah nak tunjuk yang saya bersalah kerana berprasangka kepada awak..

Kash,
saya minta maaf.hati ini masih ego untuk mengucapkan dengan mulut.hasil nukilan ini harap dapat melegakan hati saya..

Monday, May 17, 2010

Opocot!!!!


banyangkan tiba2 anda ternampak kelibat seekor singa di dalam sebuah workshop.mesti gemparkan.kalau saya,memang saya lari laju-laju.saya takut.walaupun singa tu comel,tapi kalau dia dah lapar,dah tak comel dah kan. saya tak sanngup jadi mangsa hidangan tengah hari seekor singa..ahh sudah!merepek plak..tengok gambar je la ye.


singa yang tersesat dalam workshop


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



anjing rupa-rupanya~


hahaha..sesiapa yang ada di workshop terbabit pasti menyumpah seranah bagai..sweet kan?saya pun nak trim kucing saya macam ni boleh?

alahai

alahai officer-officer sekalian,
tak usah la nak tunjuk kuasa sangat..
awak tu bukan besar sangat pun..
saya cuma tak ada rezeki nak habiskan degree saya.
kalau tak,kita setaraf je...
manusia sama di sisi Allah..

aandacht zoeker

Gelieve te stoppen. het is ruk.


gasak la..saya guna online dictionary.yang penting saya faham.hahahaha...

Mama wa

pagi-pagi lagi wa dah oooiiiittt kan saya.apa lagi rindu la tu.macam la saya tak tahu.walaupun dia tak nak mengaku,tapi saya faham sebab saya pun rindukan dia.hehehe...
rasanya dah lama saya tidak menjenguk blog saya dan kawan-kawan yang lain.banyak cerita yang saya ketinggalan.nasib baik wa oooiiiittt kan saya.baru la saya sedar yang banyak cerita yang saya tak tahu..hehe.apa lagi kami bergosip serba sedikit..sedikit??banyak la kut..hehehe..

1. wa terasa sebab kena tinggal dengan 'mereka'.
2. ada yang cemburu dengan kejayaan orang lain.come on la..sama-sama melayu pun nak iri hati???sampai bila bangsa kita nak maju.dah tu rezeki dia.betul tak??
3. papa nas dah propose mama wa...wah!!!sangat teruja..he said in 2 or 3 years lagi dia nak masuk meminang..bertuah la badan..jangan lupa jemput saya makan nasi minyak..

hahaha..ni hanya point-point je..yang lain-lain tu tak boleh cerita.bahaya...sebenarnya banyak lagi nak kami gosipkan.tapi nanti dulu..sabar..

Thursday, May 6, 2010

Saja2...

kira2 lagi 15minit nak break..dah tak tahu nak buat apa..kepala pening2 akibat tak cukup tidur malam tadi..eisya meragam kerana demam kuat..sejak semalam dia demam.malam tadi mungkin dia dah tak tahan dan merengek seperti didera.
seluruh badan dipenuhi ruam yang berair.saya yang dewasa ini pun terasa tersiksa,apatah lagi si kecil yang umurnya belum lagi setahun.kesiannya anak buahku ini..kalu la auntie boleh faham apa yang eisya lalui..sabar ya sayang..eisya kan kuat...jangan menagis ya..semoga cepat sihat my dear..ada petua apa2 untuk ini??

Wednesday, May 5, 2010

YOU~


Tuesday, May 4, 2010

MEI

Diam tak diam dah masuk bulan mei..hari ni pun dah 4 mei 2040..wah,cepatnya masa berlalu..rasa-rasanya baru sahaja melangkah ke 2010.tup2 dah hampir ke pertengahan tahun 2010..alhamdulillah,masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
sudah hampir sebulan bekerja..masih belum dapat membiasakan diri..apa la yang susah sangat.just pergi la jumpa dan talk..no,saya sangat malu..adoyai!!!!saya seperti mati kutu.tidak banyak yang dapat saya lakukan..semua seolah-olah baru kepada saya..bukan seolah2 tapi memang baru..hmmmmm...
ok,lupakan sekejap..bulan mei memang bulan yang paling banyang event..kiranya bulan yang terpenting la..eh,ye ke?bulan mei banyak hari2 yang menjadi peringatan untuk kita dan saya juga..
1. 1 mei - hari pekerja (saya bercuti)
2. 8 mei - hari ibu
3. 10 mei - bacaan yasin dan perhimpunan bulanan (jabatan saya)
4. 16 mei - hari guru
5. 20 mei - hari lahir mak saya
6. 28 mei - wesak day
7. 30 mei - hari lahir saya (yeay!!)
happening tak bulan mei???mestila kan...sebab bulan 2 ade 2 orang yang sangat cantik dilahirkan...hehehehehe..sila jangan jeles...

;;