Saturday, October 15, 2011

10.10.2011

Sudah lama rasanya tidak menghapdate blog..sudah penuh dengan lalang2 dan rumput rampai..maafla blogku sayang..kekasih hatimu ini terlalu sibuk dengan pelbagai hal-hal dunia..ishk2...terlalu banyak perkara yang berlaku.rasa macam nak cerita semua..tapi...cerita yang satu perkara ni je la..tanggal 10.10.2011..hari isnin..
Aku telah menrima satu panggilan telefon daripada kenalan facebook (Fazley) bukan nama sebenar. Dia bgtau yang dia dah sampai putrajaya nak jumpa aku..WHAT????Sure la aku kelam kabut dan terkejut.mmg sebelum ni dia dah banyak kali ajak jumpa tapi aku dah bagi macam-macam alasn.fikiran waras aku kata macam tak elok la orang tu dah sampai tetiba aku tolak lagi..yang pasti aku kena cari member untuk teman.puas la aku pujuk member2 opis ajak temankan aku jumpa mamat ni.tapi hampa..semua tak sudi..last2 aku try untuk ajak en mohamad sabirin a.k.a bos cyber..setelah aku bbtau die hal yang sebenar,dia seperti keberatan.aku tiada cara selain menggunakan cara separa paksaan..mujur dia sudi menemani aku.lega.kami pun gerak ke alamanda jam 6.15 setelah dia usai solat asar.itulah yang membuatkan aku kagum kepadanya.solat menjadi keutamaan dalam beberapa kali perjumpaan kami.Alhamdulillah..jam 6.30 kami tiba di Alamanda.selesai parking aku cuba untuk menghubungi Fazley menanyakan kedudukannya.depan mcd..ok.kami pun ke sana.belum pun jumpa orang yang dimaksudkan bateri handphone KO.adoyai,macam mana nak contact ni.Bos cyber offer hp die untuk menghubungi si mamat tu.last2 aku serbu je si mamat yang pakai baju pink yang memang sejak dari tadi duk mundar mandir depan mcd.nasib baik betul..oohh,pe nak buat next...aku ajak diorang semua untuk ke food court.konon2 lepak la dan lagi selesa untuk berborak..ye x?short cut cerita pukul 7.30 kami bersurai.bosan sungguh melayan si Fazley bercerita.Bos cyber ke surau untuk solat maghrib.sambil menunggu aku ke MPH mencari hadiah birthday untuk teman sepejabat.selesai solat,kami bercadang untuk balik.tetapi aku terfikir yang bos cyber ni tak makan lagi and offer dia g makan.lokasi rahsia.makan di situ sambail borak2 santai.then aku hantar kembali bos cyber ke MOSTI..Kunci motor hilang.bos cyber bgtau yang dia xigt letak mana kunci motor.habis veg dan meja di pejabat di geledah.akhirnya jumpa di motor.tinggal kunci kat motor.adoyai..ujian tidak berakhir di situ.baru beberapa meter meningaalkan MOSTI baru dia perasaan yang tayar motornya pancit.Check punya check,tayar tertusuk paku yang agak panjang.Serba salah aku jadinya.aku yang paksa dia untuk teman aku malam 2.macam-macam plak yang jadi..en mohamad sabirin abd rahman,saya minta maaf banyak2..tak terbalas rasanya.TERIMA KASIH BOS.

Tuesday, September 6, 2011

Raya-raya...

Syukur Alhamdulillah. Jumpa juga 1 Syawal..tahun depan ntah sempat ntah tidak..hmmm..malas nk cite..layan gambar2 je la...

Pic 1:My big HAPPY family


Pic 2: Laki bini yang budget baru kawen xde anak..anak aku yang kn jaga..diorang duk sebok melaram depan kamera


Pic 3: Kakngah, Hubby n Son..

Pic 4: Auntie yang chomel

Pic 5: Dapat gak posing depan kamera....





Friday, March 18, 2011

Maaf

Sebenarnya hidup kita ni tidak perlu dipengaruhi@mempengaruhi orang lain.Bila dah buat salah,pandai-pandai nak tunding jari pada orang lain.Come on la.Matang la sket.Ceh,macam la awak matang sangat. Tapi itulah hakikatnya.Kalau kita buat salah,jarang kita nak mengaku salah.Zuhudnya la mereka yang mengaku salah secara ikhlas.i repeated IKHLAS...atau orang kampung aku cakap sincere.
Bukan nak mengata orang lain@siapa di sekeliling tapi untuk mengingatkan diri sendiri. Aku ni selalu buat salah. Maklumla manusia biasa yang mempunyai pelbagai kelemahan. Paling aku liat nak buat ialah minta maaf walaupun yang aku buat tu terang2 salah. Tidak perlu torch light lagi nak buktikan kesalahan tu. Selalu insan yang terkena ialah abang sayang aku. Bila ak fikir2 balik,banyaknya sabar dia pada aku. Thanks ye.. Aku selalu buat dia sakit hati. Paksa dia buat benda yang dia tak suka buat. Last2 aku cakap sorry je kat dia. Memang tak ikhlas. Serius. Ego..
Tolong la doakan aku supaya lembut hati dan lebih berhemah..huhuhuhuhu

Sunday, October 17, 2010

Malam yang gelap

Dah dekat k0l 12 mlm..still xnmpak tanda2 mgantuk.2 la duk pulun tido siang weekend ni.dah xleh tido..esok nk masuk keje balik.aduhai mata,jom la tido.sblm tdo,pejam mata baca doa.Bismillah...ok dah,jom la beradu...ntah ape dah.xreti dah..
PERMISI~

Penat Nak Mampos~

Minggu sudah adalah minggu yang sangat2 memenatkan..dari hari Isnin ke Jumaat,hari2 ada xtvt.Balik rumah kul 10malam.dah macam ape ntah.nasib baik kerja kerajaan ni xla seteruk kerja kat private lain.boleh la curi2 nak lelap barang seminit dua...
Hari yang memenatkna bermula pada hari isnin.Selection untuk game boling.lama dah xg main binatang ni.oppss,bukan binatang,game ni. gile tercabar ngan oficemate2 lain..tapi teruk2 pn dpt gak top 5.boleh dibanggakan la kan???ok la 2..bukan selalu main pun...
hari selasa kitorang ad training futsal.wah,nmpak mcm gempak je kan..padahal xpenah masuk court futsal 2 pn..fut(food) court slalu la..hahhahaha..main je la.tibai sepak sana sini..yang penting involved..jadi simpanan pn jadilah kan???not bad wut..
Rabu seperti yang diwar-warkan,ade friendly match ngan team MOSTI...tgk diorg je dah cuak n kect2 perut..maklumla,my 1st futsal match..ntah hape angin taufan melanda,im selected as STRIKER...repeatition,STRIKER...hahahhaha..xsangka la beb...kaki bangku pn boleh main..yang penting???? KERJASAMA...dan keputusannya of course la kitorang MENANG sorak..hahahahha..kalah goal 4-2 rasanya..the best is the 2 goals are from my 'kaki bangku's' leg...hahahhahaha..xcaya??xpe,tpulang..
Khamis n jumaat continue with netball training.ni lg 1..lemah betul nk jaga kaki..
gerak cket xboleh..langgar sket xboleh.mmg girls2 yg budget ayu je la boleh main game ni..saya???saya separa ayu...so,sy mintak jd reserved je.klu nk main on court pn,sy nk jadi WA..boleh x coach???wink.
hmmm,amacam ad gaya macam atlet kebangsaan x??hahaha..sje je suka2 join game2 ni..nk cari masa nk g jog ke mmg sush la nk dapt..at least mcm ni boleh gak bakar lemak yang ada kat badan..hehehe..

Oh ye,congratulations to KASH..dapat keje as Penolong Pegawai IT kat UPM..rezeki ada di mana2..hopefully dpt lepak same2 gak pas ni...

Tuesday, October 12, 2010

Terasa malas

Sejak dua menjak ni saya macam dah malas nak update bolg yang dah berhabuk dan bersawang2 ni..lagipun tak ada pembaca yang setia pn.so tak ade masalah saya update ataupun tidak.hanya untuk suka2 je..BOLEH??
hmmm sekarang tentatif program hari2 agak bizi ngan aktiviti2 yang pelbagai..wah,macam yb plak.sejak start raya sampai la habis raya,setiap mgg pasti ada sahaja jemputan ke sana n ke sini..alhamdulillah masih ada kawan-kawan yang setia disamping.tahniah juga pada kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga n yang dah bertunang..waahhh,advance la korang..semoga bahgia sehingga ke anak cucu..
nak tulis banyak2 tapi nanti la..daa~

Thursday, September 30, 2010

Really love those words

LIFE IS TOO SHORT TO WASTE TIME HATING PEOPLE

  • Never be awful to anyone, that person you were awful to may teach you the most.
  • Always remember...you are a somebody, God didn't take the time to create a nobody.
  • Always smile, you never know whose day you might be making.
  • Never 'forget' to say hi to anyone, never miss the chance to laugh or smile, never get too caught up in yourself that you forget to help others.
  • Never forget that you aren't the only one with problems, and most of all...
  • Never forget that when you feel like you only have one friend, that friend will remind you of all the others.
  • If you forget about all the bad things in life, the good will take over.
  • If fear is staring you in the face, close your eyes so you don't have to look at it.
  • Be yourself, you can't be anyone else...The best you can be is you!-
Written by Crystin Miller

Friday, September 24, 2010

Watch out!!!

Dapat dari FB~

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki Ntah ler betul ke itdak nie macik2 dan sesape je lah cuba kasik pendapat korang betul ke tidak nih??? banyak sangat nie.

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-..aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak ,,munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-..teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-..terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

I Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya... Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka ,,tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-..pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN Aduiii…

Masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawa..b dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macammacam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawankawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-..bolehnya mahu si dia terang-..terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-..tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-..belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-..bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga

Thursday, September 9, 2010

last day of ramadhan

last day..fuh,macam apa je kan..pejam celik pejam celik beberapa juta kali dah diambang syawal.sekejap je masa berlalu..berakhirnya ramadhan.tapi kenapa rasa macam kosong sangat ramadhan tahun ni.mungkin tak ada majlis buka puasa ramai2 macam waktu study dulu..ooo,sebenarnya saya merindui zaman study.rindu kawan2 yang gila2..
k la,nak blik la..boring sudah~

Wednesday, September 8, 2010

Salam aidilfitri

Esok @ lusa dah nak raya.tapi saya macam tak ada perasaan je nak raya.esok pun still kerja lagi..hmmmm,baju raya pun tak ambil lagi kat tukang jahit.ntah siap ntah tidak..malas nak amik tau.come on la..
RAYA MOOD mana kau menghilang????

Apa pun di kesempatan ini,saya nak mimtak maaf zahir dan batin atas semua kekurangan diri ini..
bak kata pepatah : "nobody perfect,i am nobody"hehehehehe..merepek~

Thursday, September 2, 2010

myself

Marah pada diri sendiri..kenapa la bodoh sangat..kau dah memperbodohkan dirimu sendiri sayang..kuatkan hati..jangan bermain-main dengan api...you are not strong enough...lepaskan dia.dia bukan milikmu yang hakiki..berserah pada Allah..He knows better the best for yourself!

Tuesday, August 10, 2010

Bonda

Ahad lepas berkesempatan melawat pusara arwah mak..keluar rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi pas mandi2 n siap pakai baju.mula2 kak ngah suruh pakai baju kurung..sopan sikit katanya.tapi saya memilih untuk memakai seluar dan tshirt sahaja.leceh pakai baju kurung ni.kang jalan2 kat kubur ada yang mengintai macam mana??hehehehe..merepek..

sampai kawasan perkuburan kampung jenderam hulu lebih kurang 10mnt kemudian.cari parking paling dekat ngan kubur mak..takut gak kang parking2 terlajak atas kubur org lain plak.naya...

dengan langkah perlahan dan hati yang berdebar2,saya menuju ke kubur bonda yang tercinta.betapa saya tidak dapat menahan air mata walaupun belum sampai ke tempat yang dituju.
sesampai di pusara ibu saya terus duduk dan berteleku sambil membaca surah al fatihah.sungguh,rindu yang selama ini berbeku dalam dada terhambur juga.perlahan2 surah yasin saya bacakan sedekah untuk arwah bonda.semoga menjadi bekalan untuknya di sana kelak.sambil itu air mata tidak henti2 mengalir.betapa lama sudah mak meninggalkan kami adik beradik..

beberapa perkara saya adukan pada mak.terasa seperti mak masih ada disisi mendengar permasalahan anaknya ini.seperti mak ada untuk mengusap2 kepala saya untuk menenangkan saya.betapa sayunya hati ini...rindunya~

puasa akan bermula pada esok hari.orang kata kalau puasa roh2 orang yang meninggal akanblik ke rumah untuk melihat ahli keluarganya kan??selamat pulang mak..

Tuesday, August 3, 2010

You and Me

the word start
with
A,B,C

the number start
with
1,2,3

the melodies start
with
do,re,me

the LOVES start
with

u & me

Friday, July 30, 2010

Love or Friendship

When I look into your blue eyes
all I see is your thoughts moving inside your head.
I want to say how much I love you and how much I think of you,
but all I get out of me is just looking at you and smiling,
but all I want to hear from you is that you like me
and that you feel the same rage of love like I do.
I don't know what I would do if I never met a sweet guy like you.
All the hugs I got from you didn't feel like anything to me
because I wasn't sure if it was a sign of love or friendship.
When I look up to you
you just wave back with the biggest smile you can possibly give me.



This poem reminds me so much of myself.
Be strong please!!



Thursday, July 29, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Special dedication for my late beloved mother.
Tetiba rasa rindu bangat....

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

;;