Monday, January 11, 2010

Setelah sekian lama

Akhirnya berkesempatan juga untuk meng'update' blog. tidak sangka saya boleh bertahan hampir dua bulan tidak online walaupun pc di rumah tidak ada masalah.
Sepanjang dua bulan bercuti di rumah telalu banyak kenangan-kenangan yang besh2....

1. Saya bekerja sebagai part-time crew di mc donalds nilai. sangat seronok walaupun letih. saya juga berkesempatan mengikuti crew party mc donalds di cheras..wah,memamg mengujakan.party ini sebagai penghargaan kepada crew2 mc donalds yang berdedikasi dan rajin0rajin belaka...hehehe..semasa party ini juga penyampaian anugerah untuk crew of the year,outstanding manager dan macam-macam lagi.bertemakan satu malaysia saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk digayakan pada malam tersebut..bersederhana..chewahh....yang penting saya enjoy..

2. Saya gaduh besar dengan 'abang sayang' saya.walaupun puncanya hanyalah sekecil kuman,bisa membuat saya meletup habis-habisan.al maklumla,saya memang suka mengungkit hal-hal lama. apalagi,walaupun 'abang sayang' saya seorang yang penyabar,akhirnya tercetus jugak api kemaharan beliau. walaupun saya geram tapi semacam ada rasa puas kerana dapat membuat beliau betul-betul marah.tapi,'abang sayang' saya tidak pandai untuk marah@merajuk lama2...itulah sifat beliau yang buat saya makin sayang pada beliau.

3. Perkenalan saya dan 'abang sayang' mencecah lima tahun. lama kan?? saya harap perhubungan ini tidak terhenti dipertengahan jalan.semoga Allah merahmati hubungan ini..pada usia yang hampir matang ini,saya rasa saya dah tak kuasa nak cari pasangan hidup yang lain.cukuplah yang seorang ini. kalau boleh saya nak beliau tahu saya sayang beliau sangat2..ish,malu la..

4. Banyak lagi yang saya nak update..tapi nanti dulu, badan 2,3 hari ni tidak berapa sihat..gambar-gambar akan saya upload kemudian.saya tidak sabar rasanya...

salam sayang,

PUTERI BONDA

0 Comments:

Post a Comment