Thursday, January 14, 2010

10th anniversary

2000

Ini adalah tahun permulaan bagi kami warga SMSS mendaftar masuk sebagai seorang pelajar baru...pelbagai ragam dan gelagat boleh dilihat..masing-masing mempunyai perasaan yang berlainan..perasaan takut dan gementar menguasai diri..al maklumla baru pertama kali duduk berjauhan dengan keluarga tersayang..mungkin ada yang menangis kerana ditinggalkan keluarga.walauapapun perjuangan mesti diteruskan..mendaftar masuk ke sekolah ini bermaksud kami telah mencabar diri sendiri.
Sekolah menengah sains selangor, bukan calang-calang sekolah.bukan sekolah cap ayam..bukan sebuah sekolah yang boleh dipertikaikan kehebatan pelajar-pelajarnya..guru-gurunya juga bukan sebarangan.semuanya hebat.lima tahun kita berhempas pulas di sekolah ini.pelbagai kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan..mana mungkin kita dapat cari semula kelas-kelas usaha, budi, maju, jaya, setia yang tidak jemu-jemu menanti kita menelaah pelajaran di dalam perutnya..padang-padang sukan yang menyaksikan jatuh bangun atlet-atlet sekolah..
panglima,pendekar,perwira dan pahlawan rumah-rumah sukan yang membuatkan kita semua berkobar-kobar berlatih pelbagai acara yang dipertandingkan..
Masihkah kita ingat macam mana kita dibuli oleh senior-senior yang konon-kononnya garang dan berkuasa.kita yang maih adik-adik memberontak tapi hanya boleh dilahirkan antara kita-kita saja di dalam kelas atau hanya dipendamkan di dalam hati..adus sadis..hahaha...terlalu banyak yang kita pendamkan kan.
Saya masih sayangkan kelas saya dahulu. ketiaka di tingkatan 1-3 saya di kelas usaha...hingga kini pun kami masih mengekalkan ex 3usaha itu. 30 orang pelajar semuanya di dalam kelas ini. 18 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.pelajar lelaki kelas saya ramai yang chomel-chomel@ala-ala jambu.tidak hairan mereka menjadi kegilaan pelajar-pelajar senior untuk mengambil mereka menjadi adik angkat..sumpah saya tidak tipu..pelajar kelas saya hebat-hebat.semua kuat study.mereka juga baik-baik belaka.kami akan mempertahankan antara satu sama lain.ikatan kami seperti adik beradik.
kami satu batch memang sangat assabiah.mungkin itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan kami.kami tidak kisah orang nak kata apa tentang kami.apa yang saya tahu batch saya tidak pernah mengecewakan sekolah dalam pencapaian akademik kami..buktinya keputusan PMR dan SPM kami begitu membanggakan...TERIMA KASIH SEMUA..



2010

Saya sangat terharu.tahun ini kita meraikan ulangtahun ke-10 perkenalan kita.dalam diam tak diam sudah sedekad kita mengenali antara satu sama lain.terlalu bayak cerita dan rahsia yang dikongsikan.terlalu banyak kenangan antara kita.jangan lupa kita masih dari 'usul' yang sama.yang mengajar kita menjadi manusia.semoga kita tidak lupa budi guru2 yang mengajar kita.siapalah kita tanpa mereka..

saya sayang perkenalan kita ini...sayang kalian semua.

HAPPY 10th ANNIVERSARY





0 Comments:

Post a Comment