Thursday, March 25, 2010

Saya tak FAHAM....

:minimo_40:hari-hari saya cuba untuk memahami diri saya sendiri.kadang2 saya marah sebab abang sayang saya tidak memahami diri saya.tapi saya tidak boleh salahkan dia,sebab saya pun tak faham diri saya sendiri.

saya tidak tahu kalau saya bersama dia,hati saya selalu sensitif.bukan saya tidak cuba untuk buat2 kering..saya gagal.kadang2 saya marahkan diri saya sebab saya tidak boleh berlagak kuat depan dirinya.saya tidak boleh buktikan yang saya boleh hidup tanpa dirinya...oohh tidak,kenapa????saya tidak mengada2.betul,sungguh..saya tidak tipu..tu yang buat saya pelik.bila kami keluar bersama,saya seperti tidak boleh buat kerja sendiri..semua yang saya buat serba tidak kena dan perlukan bantuan beliau untuk settlekan. :girl_3:


bila saya ceritakan pada dia,dia hanya ketawa seperti mengejek.betapa geramnya saya ketika itu.saya tahu apa yang beliau sedang fikirkan..arrrrgghhh bencinya..saya tidak mahu kelihatan lemah di depan beliau...tolonglah,saya tidak seteruk itu..:girl_8:

kadangkala saya rasa selamat kerana beliau sentiasa akan take care dengan saya.walaupun nak melangkah satu longkang dia akan perhatikan sehingga saya betul2 melepasi longkang itu.sweet kan..apa yang tak bestnya apabila saya membuat keputusan dia akan tanya saya berkali2..come on la,fed up tau tak macam tu.cakap sekali sudahla.


aahhh,cukup2.kalau la abang sayang saya membaca blog ini,pasti ada hati yang terasa..syyuuuhhhh..diam2.jangan bagitau dia.:bye:



1.boring pulak duduk di rumah relax macam ni..
2.8hb April lapor diri..berdebar2..
3.sudah ada beberapa rakan yang sudah menamatkan zaman bujang,saya bila lagi???
4.rindu dengan CH crew.korang buat apa sekarang??


0 Comments:

Post a Comment