Sunday, April 25, 2010

My Great Mom

Bila tiba bulan April akan ada satu tarikh yang seakan2 keramat buat saya dan adik beradik yang lain..tarikh ini saya tidak kan lupa selagi akal logik masih dikandung badan.kalau dah nyanyuk nak buat macam mana pula kan??saya kehilangan emak saya pada 19 April 1999..bayangkan,ketika itu saya masih bersekolah rendah dan memerlukan perhatian seorang ibu sepenuhnya.saya kehilangan kasih sayang,perhatian,gelak tawa dan sebagainya..hidup saya terumbang ambing ketika itu.seperti mahu pergi mengikut bonda tercinta kerana saya seperti sudah tidak mampu untuk berdiri.betapa saya rasa seperti layang2 yang terputus tali..ke mana saya perlu tujukan untuk mendapat kasih sayang seorang ibu.ke mana saya nak luahkan rasa apabila saya ada masalah.kepada siapa saya nak khabarkan ketika saya mendapat keputusan yang agak cemerlang ketika di sekolah??lebih menyedihkan apabila sedara mara sudah bebincang untuk menghantar kami ke rumah anak2 yatim.mujur adik beradik lain berkeras untuk menjaga saya dan adik..Maha Besar ALlah..DIA tidak akan mendatangkan dugaan kepada mereka yang tidak mampu menghadapinya.Alhamdulillah dengan sedikit kecekalan yang saya tanamkan dalam diri saya mampu mengharungi hidup ini...ALLAH itu maha berkuasa.jika difikir2 balik mungkin jika Allah mengambil my great mom ketika saya sudah dewasa adakah saya mampu untuk menerimanya????semoga arwah mak ditempatkan dikalangan kekasihNya..AMIN~ALFATIHAH..

0 Comments:

Post a Comment