Saturday, February 6, 2010

Pakar sakit jiwa

:puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11:
Petang tadi pelbagai perasaan menyelubungi.marah yang membuak2.saya kecewa yang teramat dan rasa masam manis..eh,rasa menyampah yang meluap2.saya seperti orang yang sudah tidak siuman.dalam bas pun tanpa segan silu mengalirkan air mata.buat malu saja penumpang lain menjeling ke arah saya..ah,lantak la,sudah tidak tertahan lagi rasanya.saya perlukan rawatan segera.rawatan dari segi mental dan fizikal.saya masih belum pasti siapa 'pakar' yang bakal merawat saya nanti.seharusnya pakar itu perlu betul2 bersedia menghadapi pesakit seperti saya.(kenapa tiba2 merepek?)

Tadi sedang saya berduka lara,pakar sakit jiwa saya hadir untuk memberi rawatan.pakar sakit jiwa saya lewat hadir dari jangkaan saya.saya tidak kisah itu smua.yang penting satya perluakn rawatan segera.EMERGENCY CASE!!!!beliau tidak ditauliahkan apa2 sijil untuk ini tetapi beliau menjalankan tugas dengan agak bagus.saya agak berpuas hati dengan cara beliau merawat saya.walaupun pada awalnya agak kasar sedikit,akhirnya kesakitan hati saya tiba2 seperti hilang dibawa sang angin.hebat betul penangan kamu,pakar sakit jiwa saya.wah, seperti berpuisi pula.

Saya benci perasaan ini..sejak akhir2 ini saya seperti mudah terasa dan memendam perasaan.kadangkala mulut saya lancang seperti halilintar.pelbagai kata2 yang boleh menyiat2 perasaan saya lemparkan kepada pakar sakit jiwa saya itu.saya tidak tahu apa yang saya fikirkan.semua yang terjadi tidak memuaskan hati saya.kesian pakar sakit jiwa saya.jenuh mahu merawat saya saban hari.pernah saya mengesyaki pakar sakit jiwa saya.padahal saya sendiri tahu yang beliau jujur pada saya(pada hemat saya).

Wahai perasaan yang keji dan terkutuk,pergilah engkau dari hati wanita yang lemah seperti saya.saya tidak perlukan awak semua buat masa ini.saya tidak mahu hubungan saya dan pakar sakit jiwa saya berantakan kerana kalian.pergi ya..pergi jauh2...syuh2!


:puteh_21::puteh_24::puteh_15::puteh_28:


1. kenapa tiba2 saya mudah dipujuk??
2.tiba2 rindukan masa awal2 perkenalan.seronok!
3.nak cari tips bahagia..hahaha..
4.sudah terang lagi bersuluh.

0 Comments:

Post a Comment