Saturday, February 20, 2010

jangan nakal...

Abang sayang saya akan ke Ipoh sampai hari Khamis minggu hadapan.memang tak best kalau kena tinggal lama2 macam ni.so saya decide untuk balik kampung.so,tak ada la terasa sangat yang dia busy tak boleh nak layan saya...korang tau,tadi sebelum dia tidur dia pesan supaya jaga diri dan kesihatan.dan yang penting jangan nakal2..seronok sangat bila dia cakap macam tu.macam seorang suami nak tinggalkan isteri dia plak kan..saya terharu..yang paling best,ada dedication lagu untuk saya....sila jangan jeles..


Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

*Kadang2 ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mau pergi
Bisa hati kau ada dicuri

Please x3
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curangimu,

Wo…oo please x3
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan
Diriku untukmu…

Semua tahu kucintamu
Semua tahu kau milikku
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku




saya doakan semoga dia akan berjaya dalam pertandingan tu nanti.
kerjaya tentera tapi macam atlet dah.aish......aktif2 pun perut tetap maintain je kan??

Friday, February 12, 2010

Spoil...

Terasa seperti ingin dimanja dan diberi perhatian oleh si dia...
Tiba2 teringat mesej petang tadi dengan dia.

saya : imah balik dulu.jumpa lain kali..happy valentine day
si dia : valentine day??
saya : saja nak wish.kita kan xde anniversary,just to remember our precious moments...
si dia : wajib ke celebrate??
saya : not at all.Kalau abg xske xpe la..sori
si dia : (xreply pape)


saya rasa macam kecewa sangat.saya ingat boleh manja-manja.tapi saya tak boleh buat apa2..si dia memang tidak romantik seperti lelaki lain.sabar dan bersabar dan terus bersabar..

kasihan diriku

Saya geram,saya bengang.saya rasa dipermainkan.kalau tak jadi bagitau cepat2.ni tak,asyik pending dan tertangguh2.saya boleh cari yang lain la..

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG!!!!!

Saturday, February 6, 2010

#1 medicine

Live like there's no Tomorrow,
Laugh like what u did when u were little,
Love like you've never been hurt.
:pandaGeli_19:

Pakar sakit jiwa

:puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11:
Petang tadi pelbagai perasaan menyelubungi.marah yang membuak2.saya kecewa yang teramat dan rasa masam manis..eh,rasa menyampah yang meluap2.saya seperti orang yang sudah tidak siuman.dalam bas pun tanpa segan silu mengalirkan air mata.buat malu saja penumpang lain menjeling ke arah saya..ah,lantak la,sudah tidak tertahan lagi rasanya.saya perlukan rawatan segera.rawatan dari segi mental dan fizikal.saya masih belum pasti siapa 'pakar' yang bakal merawat saya nanti.seharusnya pakar itu perlu betul2 bersedia menghadapi pesakit seperti saya.(kenapa tiba2 merepek?)

Tadi sedang saya berduka lara,pakar sakit jiwa saya hadir untuk memberi rawatan.pakar sakit jiwa saya lewat hadir dari jangkaan saya.saya tidak kisah itu smua.yang penting satya perluakn rawatan segera.EMERGENCY CASE!!!!beliau tidak ditauliahkan apa2 sijil untuk ini tetapi beliau menjalankan tugas dengan agak bagus.saya agak berpuas hati dengan cara beliau merawat saya.walaupun pada awalnya agak kasar sedikit,akhirnya kesakitan hati saya tiba2 seperti hilang dibawa sang angin.hebat betul penangan kamu,pakar sakit jiwa saya.wah, seperti berpuisi pula.

Saya benci perasaan ini..sejak akhir2 ini saya seperti mudah terasa dan memendam perasaan.kadangkala mulut saya lancang seperti halilintar.pelbagai kata2 yang boleh menyiat2 perasaan saya lemparkan kepada pakar sakit jiwa saya itu.saya tidak tahu apa yang saya fikirkan.semua yang terjadi tidak memuaskan hati saya.kesian pakar sakit jiwa saya.jenuh mahu merawat saya saban hari.pernah saya mengesyaki pakar sakit jiwa saya.padahal saya sendiri tahu yang beliau jujur pada saya(pada hemat saya).

Wahai perasaan yang keji dan terkutuk,pergilah engkau dari hati wanita yang lemah seperti saya.saya tidak perlukan awak semua buat masa ini.saya tidak mahu hubungan saya dan pakar sakit jiwa saya berantakan kerana kalian.pergi ya..pergi jauh2...syuh2!


:puteh_21::puteh_24::puteh_15::puteh_28:


1. kenapa tiba2 saya mudah dipujuk??
2.tiba2 rindukan masa awal2 perkenalan.seronok!
3.nak cari tips bahagia..hahaha..
4.sudah terang lagi bersuluh.

Friday, February 5, 2010

SEMPURNA

Saya tahu saya tidak sempurna seperti yang awak harapkan. Tapi tolong bagi saya peluang untuk jadi yang terbaik dalam hidup awak

;;